benda ni la bagi saya markah tinggi untuk subjek Pertanian & Manusia
jadi...sapa yang berusaha dia la dapat...
tak perlu salahkan sapa2 dalam penambahan markah k..itu hak individu...
ok lah,saya nak share pasal cengkih ni sampai dapat 19/20...^_^
Nama
Tempatan :
Bunga Cengkih
Nama
Saintifik : Syzygium aromaticum; Eugenia aromatica
Nama Lain :
Clove(Bahasa Inggeris)
Famili :
Myrtaceae
Asal :
Pulau Moluku,Indonesia
Lokasi :Boleh
di dapati pada kebun,Kawasan rumah-rumah kampung,dan hutan.
Kandungan :
mengandungi bahan bahan seperti manganese ,Vitamin
c, Vitamin k,omega 3 (fatty acid),magnesium,kalcium dan fiber yang tinggi.Lain-lain
kandungan ialah B acetyl eugenol, beta-caryophyllene and vanillin;
crategolic acid; tannins, gallotannic acid, methyl salicylate
(painkiller); flavonoids eugenin, kaempferol, rhamnetin, dan eugenitin;
triterpenoids like oleanolic acid, stigmasterol dan campesterol; dan
sesquiterpenes. Bunga cengkih ini mengeluarkan aroma disebabkan bahan
aktif nya yang bernama eugenol dan ekstrak bahan ini mempunyai
nilai antiseptic dan juga "anaesthetic".
HABITAT
DAN KEADAAN POKOK:
Sejenis rempah yang berasal dari kepulauan Maluku.
Ia juga banyak diperolehi daripada Zanzibar, Madagascar dan Indonesia. Pokok
cengkih memerlukan iklim panas serta lembap dan hujan sebanyak 150 - 250mm. dan
suhu 15 darjah celcius – 38 darjah celcius. Tanah yang paling sesuai baginya ialah
tanah gembur yang mengandungi humas dan tanah laterit. Pokok jenis malar hijau
yang wangi dan tumbuh setinggi 8 - 12m. Daun-daunnya berkeadaan lelembing dan
bergagang pendek. Bunga-bunganya terhasil pada setiap hujung ranting
SEJARAH
CENGKIH:
1.
Pada abad yang keempat, pemimpin Dinasti
Han dari Tiongkok memerintahkan setiap orang
yang mendekatinya untuk sebelumnya menguyah cengkeh, agar harumlah nafasnya.
Cengkih, pala dan merica sangatlah mahal di zaman Romawi. Cengkih menjadi bahan tukar menukar oleh bangsa Arab di abad pertengahan. Pada akhir abad ke-15, orang Portugis mengambil alih jalan tukar menukar diLaut
India. Bersama itu diambil alih juga perdagangan
cengkih dengan perjanjian Tordesillas dengan Spanyol, selain itu juga dengan perjanjian dengan sultanTernate. Orang Portugis membawa
banyak cengkih yang mereka peroleh dari kepulauan Maluku ke Eropa. Pada
saat itu harga 1 kg cengkih sama dengan harga 7 gram emas.
2.
Perdagangan cengkih akhirnya didominasi
oleh orang Belanda pada abad
ke-17. Dengan susah payah orang Prancis berhasil membudayakan pohon Cengkih
di Mauritius pada tahun 1770.
Akhirnya cengkih dibudayakan di Guyana, Brasilia dan Zanzibar.
3.
Pada abad ke-17 dan ke-18 di Inggris harga cengkih sama dengan harga emas karena tingginya pembiayaan import. Sebab cengkih
disana dijadikan salah satu bahan makanan yang sangat berkhasiat bagi mereka
dan sekitarnya yang memakan tanaman cengkih tersebut. Sampai sekarang cengkih
menjadi salah satu bahan yang dieksport ke luar negeri.
4.
Pohon cengkih yang dianggap tertua yang
masih hidup terdapat di Kelurahan Tongole, Kecamatan Ternate Tengah, sekitar 6
km dari pusat kota Ternate. Poho yang disebut sebagai Cengkeh Afo ini berumur
416 tahun, tinggi 3,660m, berdiameter 198 m, dan keliling batang 426 m. Setiap
tahunnya ia mampu menghasilkan sekitar 400 kg bunga cengkih
CARA
PENANAMAN
1.
Menyedia benih
Tanaman
cengkeh biasanya dibiak melalui biji. Biji-biji dipilih dari pohon-pohon
yang subur, cukup matang dan banyak buah dan ditabur dengan secepat
mungkin. Kulit buah cengkeh dibuangkan dan biji-biji ini diletakkan
melintang di atas tanah gembur berpasir dalam kotak-kotak atau batas-batas
semaian. Kotak-kotak semaian disiramkan dengan secukupnya dan diberi
perlindungan. Dalam masa 3-4 minggu, biji-biji akan cambah dan anak-anak
semaian ini diubahkan ke dalam beg-beg plastik apabila telah mempunyai 4 helai
daun. Anak-anak semaian sedia ditanam di ladang apabila berumur lebih
dari satu tahun.
2.
Lubang tanaman
Saiz lubang
tanaman ialah 0.8 x 0.8 x 0.8 meter (2 1/2 x 2 1/2 x 2 1/2 kaki).
3.
Menanam
Anak-anak
semaian yang subur dan sihat sahaja dipilih untuk ditanam di ladang.
Jarak menanam ialah 7.6 x 7.6 meter (25 x 25 kaki) hingga 9.2 x 9.2 meter (30 x
30 kaki). Seminggu sebelum menanam, lubang tanaman dipenuhkan dengan tahi
lembu yang reput, atau lain-lain bahan organik bersama dengan tanah lapisan
atas (top soil). Anak-anak semaian ditanam di ladang pada awal musim
hujan dan disediakan lindungan dengan menggunakan daun-daun kelapa atau
daun-daun hutan.
4. HASIL
anak-anak pokok akan
ditanam 1 1/2 hingga 2 tahun di ladang dan hasil tanaman boleh dipungut apabila
pokok mencecah umur 7-8 tahun. Ia akan mengeluarkan hasil antara 60 tahun
sehingga 130 tahun. Dianggarkan setiap tahun satu pokok boleh mengeluarkan
hasil 2.7 kg.
KHASIAT DAN CARA MENGGUNAKANNYA
Menghindari Masalah Gagap.
Untuk mengatasi masalah ini, kita perlu makan 21 biji bunga cengkih setiap hari
dan rebus 100g jintan manis dengan 2 cawan air selama 15 minit. Minum air
rebusan tersebut setiap pagi sebelum sarapan.
Memulihkan Tenaga Batin.
Digalakkan untuk makan bunga cengkih, kulit kayu manis dan bunga lawang dan
jangan makan makanan berangin. Minum madu lebah sebanyak 3 sudu sehari. Lebih
elok jika ia diambil bersama-sama telur ayam kampung.
Mengatasi Masalah Sakit Ketika Haid.
Caranya adalah dengan merendam 7 biji bunga cengkih ke dalam segelas air panas.
Minum air rendaman itu setelah ia menjadi suam. Insyaallah sakit tersebut akan
beransur-ansur hilang.
Dapat Menghilangkan Kesan Kulit Hitam Di Muka. Tumbuk
sehingga halus kesemua campuran pucuk jambu batu, bunga cengkih dan kulit kayu
manis dengan dicampurkan sedikit minyak zaitun. Sapu pada kulit muka
sebanyak 2 kali sehari dan jangan makan makanan berminyak