Thursday, 27 September 2012

bunga cengkih ku bagi markah tinggi :p

benda ni la bagi saya markah tinggi untuk subjek Pertanian & Manusia
jadi...sapa yang berusaha dia la dapat...
tak perlu salahkan sapa2 dalam penambahan markah k..itu hak individu...
ok lah,saya nak share pasal cengkih ni sampai dapat 19/20...^_^
Nama Tempatan     : Bunga Cengkih
Nama Saintifik         : Syzygium aromaticum; Eugenia aromatica
Nama Lain                : Clove(Bahasa Inggeris)
Famili                         : Myrtaceae
Asal                            : Pulau Moluku,Indonesia
Lokasi                       :Boleh di dapati pada kebun,Kawasan rumah-rumah kampung,dan hutan.
Kandungan  :  
mengandungi bahan bahan seperti manganese ,Vitamin c, Vitamin k,omega 3 (fatty acid),magnesium,kalcium dan fiber yang tinggi.Lain-lain kandungan ialah  B acetyl eugenol, beta-caryophyllene and vanillin; crategolic acid; tannins, gallotannic acid, methyl salicylate (painkiller);  flavonoids eugenin, kaempferol, rhamnetin, dan eugenitin; triterpenoids like oleanolic acid, stigmasterol dan campesterol; dan  sesquiterpenes. Bunga cengkih  ini mengeluarkan aroma disebabkan bahan aktif nya yang bernama  eugenol dan ekstrak bahan ini mempunyai nilai  antiseptic dan juga  "anaesthetic".

HABITAT DAN KEADAAN POKOK:

Sejenis rempah yang berasal dari kepulauan Maluku. Ia juga banyak diperolehi daripada Zanzibar, Madagascar dan Indonesia. Pokok cengkih memerlukan iklim panas serta lembap dan hujan sebanyak 150 - 250mm. dan suhu 15 darjah celcius – 38 darjah celcius.  Tanah yang paling sesuai baginya ialah tanah gembur yang mengandungi humas dan tanah laterit. Pokok jenis malar hijau yang wangi dan tumbuh setinggi 8 - 12m. Daun-daunnya berkeadaan lelembing dan bergagang pendek. Bunga-bunganya terhasil pada setiap hujung ranting 

SEJARAH CENGKIH:
1.    Pada abad yang keempat, pemimpin Dinasti Han dari Tiongkok memerintahkan setiap orang yang mendekatinya untuk sebelumnya menguyah cengkeh, agar harumlah nafasnya. Cengkih, pala dan merica sangatlah mahal di zaman Romawi. Cengkih menjadi bahan tukar menukar oleh bangsa Arab di abad pertengahan. Pada akhir abad ke-15, orang Portugis mengambil alih jalan tukar menukar diLaut India. Bersama itu diambil alih juga perdagangan cengkih dengan perjanjian Tordesillas dengan Spanyol, selain itu juga dengan perjanjian dengan sultanTernate. Orang Portugis membawa banyak cengkih yang mereka peroleh dari kepulauan Maluku ke Eropa. Pada saat itu harga 1 kg cengkih sama dengan harga 7 gram emas.
2.    Perdagangan cengkih akhirnya didominasi oleh orang Belanda pada abad ke-17. Dengan susah payah orang Prancis berhasil membudayakan pohon Cengkih di Mauritius pada tahun 1770. Akhirnya cengkih dibudayakan di Guyana, Brasilia dan Zanzibar.
3.    Pada abad ke-17 dan ke-18 di Inggris harga cengkih sama dengan harga emas karena tingginya pembiayaan import. Sebab cengkih disana dijadikan salah satu bahan makanan yang sangat berkhasiat bagi mereka dan sekitarnya yang memakan tanaman cengkih tersebut. Sampai sekarang cengkih menjadi salah satu bahan yang dieksport ke luar negeri.
4.    Pohon cengkih yang dianggap tertua yang masih hidup terdapat di Kelurahan Tongole, Kecamatan Ternate Tengah, sekitar 6 km dari pusat kota Ternate. Poho yang disebut sebagai Cengkeh Afo ini berumur 416 tahun, tinggi 3,660m, berdiameter 198 m, dan keliling batang 426 m. Setiap tahunnya ia mampu menghasilkan sekitar 400 kg bunga cengkih

CARA PENANAMAN
1.   Menyedia benih

Tanaman cengkeh biasanya dibiak melalui biji.  Biji-biji dipilih dari pohon-pohon yang subur, cukup matang dan banyak buah dan ditabur dengan secepat mungkin.  Kulit buah cengkeh dibuangkan dan biji-biji ini diletakkan melintang di atas tanah gembur berpasir dalam kotak-kotak atau batas-batas semaian.  Kotak-kotak semaian disiramkan dengan secukupnya dan diberi perlindungan.  Dalam masa 3-4 minggu, biji-biji akan cambah dan anak-anak semaian ini diubahkan ke dalam beg-beg plastik apabila telah mempunyai 4 helai daun.  Anak-anak semaian sedia ditanam di ladang apabila berumur lebih dari satu tahun.
2.    Lubang tanaman
Saiz lubang tanaman ialah 0.8 x 0.8 x 0.8 meter (2 1/2 x 2 1/2 x 2 1/2 kaki).
3.    Menanam
Anak-anak semaian yang subur dan sihat sahaja dipilih untuk ditanam di ladang.  Jarak menanam ialah 7.6 x 7.6 meter (25 x 25 kaki) hingga 9.2 x 9.2 meter (30 x 30 kaki).  Seminggu sebelum menanam, lubang tanaman dipenuhkan dengan tahi lembu yang reput, atau lain-lain bahan organik bersama dengan tanah lapisan atas (top soil).  Anak-anak semaian ditanam di ladang pada awal musim hujan dan disediakan lindungan dengan menggunakan daun-daun kelapa atau daun-daun hutan.
4.    HASIL
anak-anak pokok akan ditanam 1 1/2 hingga 2 tahun di ladang dan hasil tanaman boleh dipungut apabila pokok mencecah umur 7-8 tahun. Ia akan mengeluarkan hasil antara 60 tahun sehingga 130 tahun. Dianggarkan setiap tahun satu pokok boleh mengeluarkan hasil 2.7 kg.

KHASIAT DAN CARA MENGGUNAKANNYA
 Menghindari Masalah Gagap. Untuk mengatasi masalah ini, kita perlu makan 21 biji bunga cengkih setiap hari dan rebus 100g jintan manis dengan 2 cawan air selama 15 minit. Minum air rebusan tersebut setiap pagi sebelum sarapan.
Memulihkan Tenaga Batin.  Digalakkan untuk makan bunga cengkih, kulit kayu manis dan bunga lawang dan jangan makan makanan berangin. Minum madu lebah sebanyak 3 sudu sehari. Lebih elok jika ia diambil bersama-sama telur ayam kampung.
Mengatasi Masalah Sakit Ketika Haid.  Caranya adalah dengan merendam 7 biji bunga cengkih ke dalam segelas air panas. Minum air rendaman itu setelah ia menjadi suam. Insyaallah sakit tersebut akan beransur-ansur hilang.
Dapat Menghilangkan Kesan Kulit Hitam Di Muka. Tumbuk sehingga halus kesemua campuran pucuk jambu batu, bunga cengkih dan kulit kayu manis  dengan dicampurkan sedikit minyak zaitun. Sapu pada kulit muka sebanyak 2 kali sehari dan jangan makan makanan berminyak

No comments:

Post a Comment